Skip to main content

HADIS TENTANG SOLAT

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat
bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit
matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala
haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti
orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka
pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada
dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka
diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia
rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas
zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka
H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari
tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam
masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat
"Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun
(beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara
berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim
& Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu
adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu
sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam
(mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala
keldai" H.R.Sahih Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari
70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat
yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x
Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat
yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari &
Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah
kamu membaca


"Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang
berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang
telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan
bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad &
Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat
untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud




Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia
kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

Comments

Popular posts from this blog

Jangan memandang rendah pada kebaikkan biar pun sebesar zarah

Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib RA daripada Rasulullah SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (Hadith Qudsi) Allah SWT sabdanya : “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya  satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatitkan untuknya satu dosa.” Riwayat: Bukhari dan Muslim

ada suatu kisah..

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, "الله اكبر". 【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". 【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ". 【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ". 【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥ 【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? 【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】 semoga mendapaat manfaat... (x-x)